12.2.12

Marah




Bismillahhirrahmanirrahimmmmm.....
Di hari minggu saya terfikir utk baca2 laman web iluvislam, yg selama ni saya dpt news dlm Home FB saya. tapi saya x pernah baca keseluruhan artikel2 di dlmnye...hari ni Allah membuka hati saya utk membaca karya2 tulisan dlm laman tersebut. Saya tergerak utk baca cerita yg sblum ni pernah saya baca beberapa kali..tpi kini saya membacanye skali lagi...tapi dgn kesan di hati yg lain dr sblum ni..[barangkali kerana peristiwa yg terjadi tengahari tadi...  :( ]

Hayati kisah ini......

Terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan ramai. Kisah seorang lelaki pemarah. Lelaki itu tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun dalam situasi kecil sahaja. Marahnya sukar dibendung. 
        Satu ketika, bapanya menghadiahkan seguni paku. Lantas dengan hairan lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Apa gunanya paku-paku ini ayah?"
      Ayahnya dengan tenang menjelaskan, "Setiap kali kamu marah, paku tembok batu dihadapan rumah kita dengan paku itu bagi melepaskan kemarahan kamu."
      Pemuda itu mengikut pesanan ayahnya. Hari pertama sahaja pemuda itu sudah memaku sebanyak 37 batang paku di tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan rasa marah. Jumlah paku yang digunakan semakin hari semakin berkurang. Akhirnya, dia mendapati, lebih mudah mengawal marah daripada memukul paku yang menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut semua paku di tembok tersebut.
       Selesai tugasannya, dia memaklumkan hal itu kepada ayahnya dengan rasa bangga. Bapanya lantas memimpin tangan lelaki itu menuju ke tembok tersebut dan berkata, "Kau melakukannya dengan baik anakku, namun lihatlah kesan lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelum ini."
      Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, pasti akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di tembok ini. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Namun luka itu masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal. Insan di sekeliling kita adalah permata yang sukar ditemui.  Mereka membuatkan kita ketawa dan mendorong kejayaan kita. Sahabat juga mampu menjadi seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
      
Sabda Nabi dalam hadis yang lain: "Jauhilah kemarahan kerana marah adalah bara api yang menyala dalam hati anak adam". Lihatlah bagaimana jika seseorang berada dalam keadaan marah. Pasti mukanya tegang. Rasulullah menerangkan: "Kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah dengan seseorang maka ambillah wuduk"

Saya selalu marah! di rumah pastinya...dgn org lain jugak..tpi dgn org slain keluarga saya, saya kerap memendamkannya..diamkannya..lepaskan pada org yg lemah (adik2 saya mungkin). Saya selalu tertanya, mengapa dgn org lain saya mampu menahan marah itu di dalam hati..tp tidak dgn keluarga sendiri. Barangkali kawan2 & org luar yg mengenali saya tidak pernah melihat saya MARAH seperti di rumah selalunya...sepupu2 saya yg dulu pertama kali melihat sy terlalu garang dgn adik2, agak TERKEJUT dgn sikap saya tu! bermakna org x suka melihatnya!

Saya selalu menyesal selepas marah @ mengamuk @ menjerit pd adik2 atau kdgkala terlepas pd mak ayah....menyesal tetapi tidak berubah kpd lebih baik apa gunanya. MasyaAllah..betapa aku dikelilingi syaitan yg menjadi pedampingku.begitu mudah marah itu wujud dlm diri ini..tiada benteng pertahanan yg menghalang marah itu menjerat imanku....apa nk jadi ni? aku kini banyakkan beristigfar kpd Allah..berzikir "Lailahaillallah" kerana kalimat itu adalah satu-satunya kaliat yg syaitan tidak mampu melafazkannya kerana ia bermaksud "Tiada Tuhan selain Allah" yg mana kita merendahkan diri utk memohon keampunan dr Allah Yang Esa...syaitan pernah bersumpah tidak akan tunduk kpd Allah & Nabi Adam malah akan menyesatkan seluruh keturunan anak-anak Adam..Ya Allah betapa marah itu menempatkan aku tergolong di bwh syaitan! MasyaAllah......

NotaKaki : Aku kena berubah...demi syurga Allah s.w.t...




Spread My Luv,

0 Geng yg KomeN !!!:

Post a Comment

::Assalammualaikum::
::Sila Komen yeee!!::
::Thanx a lot::