23.1.13

‎:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::






Sumber : FB Bercinta Sebelum Nikah

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

>>Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Sebarkanlah bersama wanita wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.<<


Spread My Luv,

22.1.13

NOVEL : Suami Aku Ustaz






Bismillahhirrahmanirrahim....

Ada beberapa novel yg saya da beli lately! Beli kt Kedai Buku 1 Malaysia (jimat skit - less dlm rm3- rm4 jgk.)

Ok.ni 1 of novels yg aku beli. Tajuk : Suami Aku Ustaz.

Seriously, best giler. Ayat yg agak santai, di samping penulis sampaikan dakwah tentang Islam itu indah dgn cara yg agak seronok & sgt santai. So, I luv it...memang keje nye aku gelak sesorang je.hehehehe...Dan aku dpt jgk ilmu bila dah kawen then how to live as husband n wife in Islam way. Yang penting Islam tu tak menyusahkan. Tepat skali!!! Tetap menyeronokkan. Cinta selepas nikah & kerana Allah swt membuatkan perkahwinan tu lebih indah. Alhamdulillah tergerak hati beli buku ni. So, tetap ada ilmu baru yg aku dapat.

So, guys...korg kalo nak beli novel make sure la novel tu ade ilmu yg korang leh praktikkan & ilmu tu kena la bagus & praktikal. Seronok dpt, ilmu pun dpt.


p/s : Terjatuh cinta jugak le dgn watak Ustaz ni....aisey....!!!

Spread My Luv,

Power of Gratitude

Syukur . Syukur kpd Allah , pencipta segala makhluk & alam semesta . 
SYUKUR. Lazimnya syukur diucap bila kita menerima sesuatu dari (sape2) & kita sgt suka & hargai nya. [#ni saya punya definisi la!]
Selain syukur atas apa yg kita dapat hari dr 'manusia'...TAPI kita kena tahu semuanya tu dari Allah. Manusia tu cuma perantara. So untuk permulaan hari, sepatutnya kita mulakan dgn rasa SYUKUR. kan??
"Syukur, aku hidup lagi!"  
"Syukur, aku masih bernafas hari ini, bleh diri & jalan lagi!"   
"Syukur...mata ni masih boleh melihat. Kalo tak gelap hari ni & esok2."   
"Syukur sgt hari ni still ada rasa untuk makan."
Persoalannya : Adakah kita ingat untuk berSYUKUR setiap hari bila kita celik dr tidur???
Kalau dibuatnya kita tak bangun2. Tak ke lagi naya kalo mcm tu. Mati dlm tidur. Tak sempat nk ckp ngan mak ayah kita yg kita nk tinggalkan dorang. Cer fikir??? [saya pun fikir jugak ni!!]. Yang kita tahu celik mata, "Aiseh lambat gi keje lagi hari ni!!"  "Ish nk makan ape ye pagi ni?" "Hari ni nak jalan mana erk?" dan mcm2 lagi....
Subhanallah. Betapa tak bersyukurnya kita hari2. Semuanya diberi, dan semuanya PERCUMA. Itulah Allah Yang Maha Pemurah, yang amat cintakan kita semua. Kita yang sering melupakan kasih sayang Allah.
Tanya kembali kepada diri kita, apa yang kita beri kepada Allah swt sebagai tanda berSYUKUR dengan segala anugerah-Nya?
Allah swt menyuruh kita solat, kita kata awal lagi.
Allah swt menyuruh kita puasa, kita kata nanti-nanti laaa.
Allah swt menyuruh kita bayar zakat, kita kata tak mampu, tak cukup duit lagi.
Allah swt menyuruh kita tunaikan haji, kita kata kita masih muda.
Allah menyuruh kita bertaubat, kita kata masih lambat untuk mati.
Tapi Allah tetap beri kita peluang utk hidup. DIA tidak terus menghukum kita. Masih limpahkan kita rezeki. DIA masih tetap setia dengan kita walau ke mana kita pergi. Tetapi pernah kita bertanya tentang-Nya? Namun Allah swt tetap duduk dekat kita. 
Mengapa? 
Kerana Allah swt menjaga diri kita & memberi kita makan. Cinta-Nya tidak pernah berhenti di situ saja. Allah swt berpesan pula, 
"...Pohonlah kepada-KU, nescaya AKU kabulkan..."  (al-Mukmin : 60) 

Namun selepas kita peroleh apa yg kita minta, apa yg kita lakukan? Kita masih tidak peduli semuakasih sayang daripada-Nya, walaupun Allah swt telah berjanji,
"...andai kamu bersyukur, AKU akan tambahkan lagi..." (Ibrahim :7)
Tetapi kita masih tak berSYUKUR. Namun, oleh kerana kasih-Nya yang mendalam, DIA tetap menambahkan kurniaan-Nya buat kita. Allah swt hanya beri 1 dosa andai kita buat jahat. Sebaliknya, andai kita baru saja berNIAT untuk berbuat baik, DIA sudah memberi kita 1 pahala. Lalu, andai kita melaksanakan kebaikan itu, akan ditambah lagi untuk kita 700 pahala.
Semuanya PERCUMA. Allah swt sekadar suruh kita berTAUBAT saja. Tapi, kita masih angkuh. Sehinggalah saat menjelang kematian selagi nyawa belum sampai di kerongkong. Allah swt masih bersedia untuk mengampunkan dosa kita, walaupun sepanjang hidup kita buat dosa.
Mengapa?
Kerana Allah swt tidak mahu kita merasakan kesakitan dalam neraka. DIA mahu kita bahagia di syurga.
ALLAHU AKBAR!!!
"Ya Allah...Begitu agungnya cinta daripada-MU."
Andai demikian hebat & agungnya cinta daripada Allah swt ni, apah tiada ruang dalam hati kita untuk disemadikan cinta daripada-Nya itu? 
Jujur.....Tanya pada diri kita, siapa Allah swt di hati kita???
p/s : my benchmark - tanya soalan2 ini setiap hari, maka diri  akan tidak pernah lupa!!
Spread My Luv,

11.1.13

Tak Terukir Di Bintang | Mr Bie Parodi


Here I share 1 video....
Pada pendapat saya this lirik memberi kesan even it simple words....memg terbaik parodi nye...
Ni baru la berhibur sambil smpaikan mesej yg bermakna...

A big applause for u, Mr Bie Parodi  :D

K..enjoy guys...




Spread My Luv,

8.1.13

After a Looooonnnnggggg Time!!!


Assalammualaikum waramatullah hiwabarokatuh...(now i'm practising to give full Salam...so that I GIVE more than who answered it)

OK..now! where I shud begin...hmmmmmmm

Frankly speaking..dah lama tinggalkan zaman blog ni kan.so, after a lonnnnnnnnnnnnggggggg while, I decided to write again.

Sebabnye, I realize that...dulu2 I rajin menulis sana sini, then my OTAK start rajin cari maklumat utk dijanakan dlm penulisan I. so after kemimpian & get ilham from Allah...I decided to write again. Memg bila I berenti menulis, my brain jadi lembab, lambat pick-up and the most WORST thing ever, I jadi pelupa+nyanyuk. MasyaAllah...what happen to me Ya Allah!

Ni memg I ckp betoi tau...I sedar I makin pelupa...even baru berlaku sat2 tadi...aduhai..dan ia makin kronik...so I hari2 try cri solution. I sampai malu bila I kerja balik dlm administration line...I kena tegur with my boss...dia lagi ingat everything than me.that's serious ok!

So, 1 day I got the solution : Al-Quran.
Yes!! Allah love letters!!!
So I did the treatment myself...I read Quran everyday (not just READ, but i'm trying to understand each line). So, that I can communicate with Allah. and I felt it...memg buat I tenang+ re-energized.
Betapa besar kekuasaan Allah itu. Allah turunkan kitab yg terhebat buat sepanjang zaman. dr zaman jahiliah dulu sampai zaman millenium ni. Agak2 kiter manusia ni boleh tak buat satu buku/kitab yg isi nye sesuai setiap zaman...dari zaman sebelum masihi smpai sekarang???? ade ke???
Even nota2 yg kiter guna masa blaja dulu pun dah tak relevan bila baru menganjak 2-3 tahun...so Quran itself..dah tunjukkan kehebatan Allah tu.

waaahhh...panjang lebar plak I tulis bout my ke-PELUPA-an I ni...ok lah...now I masih membaikpulih my BRAIN ni...so I harap bila I makin kenal Allah, makin kamceng dgn bff I which is: Al-Quran....so Allah will make my BRAIN superb back! hehehehe...so see on the next topic...

I end up with : "Allah akan memBERI, kalau kita menCARI"

ps: tak kenal Allah, maka tak cinta Allah.

Spread My Luv,

9.3.12

Ratu Hidup Kita




"...berkat doa ibulah, boleh membantu mengukuhkan kesejahteraan rumahtangga?" 
Sedarkah anda bahawa dengan berkat doa ibu, suasana keluarga yang porak peranda boleh kembali ceria dan aman damai....

"Dah telefon emak hari ini?"

Demikianlah setiap pagi soalan yang terpacul dari mulut suami saya.

"Maklumlah, Abang dah tak ada emak. Abang tumpanglah emak orang lain," begitulah lazimnya dia berseloroh.

Inilah amanah yang sentiasa diperingatkan oleh suami saya. Selagi ibu saya masih hidup, saya diwajibkan menelefon ibu sekurang-kurangnya sekali sehari!

Setiap kali telefon berdering, belum tentu dapat bercakap dengan ibu. Keadaan kesihatan yang semakin uzur ditambah dengan pelbagai ubat yang perlu diambil setiap hari kerana pembedahan "open heart surgery" beberapa tahun lalu membuatkan ibu lemah, cepat letih dan sering tidur di waktu siang. Pernah saya gagal bercakap dengannya selama beberapa hari kerana setiap kali ditelefon, kebetulan dia masih di pembaringan. Jika ini berlaku, dia akan merajuk dan mulalah mengatakan yang saya tidak lagi menyayanginya.

Serba Tidak Kena
Anda yang masih ada ibu yang sudah lanjut usianya dan semakin uzur, pernahkah terasa tercabar dan hampir hilang sabar dengan karenahnya? Jika tinggal di rumah anda, mungkin ada sahaja yang tidak kena padanya. Lauk terlalu masin atau tidak cukup garam.  Atau katil yang kurang empok. Atau nasi terlalu keras. Atau mungkin ibu anda kurang "table manners" dan suka cedok makanan dengan jari sendiri, tidak menggunakan sudu seperti yang dilakukan oleh orang moden?

Ada juga ibu yang semakin uzur, semakin lemah ingatannya, langsung tidak pandai mengurus diri. Buang air kecil dan besar merata di sana sini. Tak ubah seperti anak kecil. Malah untuk sesetengah pasangan, keadaan ini menimbulkan ketegangan antara suami-isteri. Jika yang uzur dan nyanyuk adalah emak si suami, timbul rasa malu kepada si isteri. Begitu juga sebaliknya. Sehinggakan sanggup menghantar ibu ke rumah orang tua-tua demi kesejahteraan rumahtangga.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Bila melayani karenah ibu, ada ketika terasa benar diri ini diuji. Namun sebelum sempat mengeluh, teringat pula kisah seorang lelaki yang amat dikasihi Nabi S.A.W. bernama Owais Al Qarni yang hidup suatu ketika di Yaman.

Istimewanya Owais Al Qarni ini, dia ditimpa penyakit sopak (kulitnya putih di sana sini). Ayah Owais Al Qarni meninggal dunia sewaktu dia kecil. Owais bukanlah seorang yang terkenal di kalangan masyarakat setempat. Malah, waktunya dihabiskan demi beribadat dan menjaga ibunya yang uzur dan lumpuh.

Suatu hari ibu Owais terlalu ingin menunaikan ibadat Haji ke Mekah. Dia merayu agar Owais membawanya ke sana. Owais bukanlah seorang yang kaya. Namun dia tidak putus akal. Dibelinya seekor anak lembu dan dibuatkannya sebuah pondok di atas bukit di mana lembu ini diletakkan. Setiap hari, Owais akan memikul lembu ini menuruni bukit untuk diberi makan. Kemudian dipikulnya semula mendaki lereng bukit ke pondok yang disediakan.

Selepas beberapa bulan, anak lembu yang dibela Owais bertambah berat badannya. Manakala tubuh Owais pula menjadi tegap sasa, maklumlah hari-hari menggalas lembu yang semakin hari semakin bertambah berat badannya. Dan inilah yang sengaja dirancangkannya. Dengan badan yang sihat dan kuat, Owais berjaya mendukung ibunya merentas Yaman ke Mekah, meredah panas terik gurun yang amat memeritkan sesiapa sahaja, semata-mata untuk menyempurnakan hajat ibunya untuk menunaikan ibadat Haji. Selesai ibadat Haji, didukung ibunya lagi untuk kembali ke Yaman.

Mungkin kisah Owais Al Qarni ini akan tenggelam begitu sahaja dalam lipatan sejarah jika tidak kerana sabda Nabi S.A.W. yang pernah berpesan kepada Umar dan Ali r.a.:

"Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Owais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu."

Mengikut riwayatnya, mulianya Owais Al Qarni ini bukan sahaja kerana ia pemuda soleh dan kuat beribadat, tetapi juga kerana dalam dan ikhlas cintanya kepada ibu kandungnya. Sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi menggembirakan hati si ibu yang sudah tua. Nah, bukankah ini bukti yang cukup kuat betapa memuliakan ibu dan melayani segala karenahnya sekaligus membuka pintu syurga untuk anda dan saya?

Jadikan Ibu Ratu Hidupmu
Pepatah ada mengatakan "Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu." 
Namun tahukah anda bahawa berkat doa ibulah, boleh membantu mengukuhkan kesejahteraan rumahtangga? Sedarkah anda bahawa dengan berkat doa ibu, suasana keluarga yang porak peranda boleh kembali ceria dan aman damai?
Hakikatnya, doa ibu boleh merobah perkara yang kurang baik kepada yang elok. Malah, perkara sebaliknya juga boleh berlaku jika anda suka menyakiti hati ibu atau sering tidak mengendahkan ibu. Oleh itu, janganlah sekali-kali disakiti hati ibumu. Jangan sekali-kali meluahkan kata-kata yang boleh mengguris hati ibu. Jauh sekali meninggikan suara pada ibu atau melontarkan pandangan yang kurang menyenangkan padanya.

Anda yang bergelar ilmuwan, jangan dipandang enteng ibu yang tidak faham idea-idea yang anda utarakan. Anda yang bergelar suami, jangan sekali-kali mementingkan isteri sehingga ibu merasa dirinya ibarat kain buruk yang sudah tidak berguna lagi. Anda yang bergelar isteri, mintalah izin dari suami untuk memenuhi keperluan ibu dan melayani apa sahaja yang dicitakannya.

Layanilah ibu laksana dia ratu dalam hidup anda. Jangan sampai tersinggung hatinya seolah-olah dia adalah beban yang tidak diundang dalam hidup anda. Seolah-olah sakit pening dan makan minumnya tiada dalam perkiraan anda.

 ''Jika selama ini merasa diri mengabaikan ibu, mintalah ampun darinya hari ini juga...''

Jika dada terasa sempit dan hidup terasa sulit, berusaha dan berdoalah. Mintalah ibu supaya mendoakan untuk anda! Tidak mustahil sulitnya hidup dan sempitnya dada kerana lebih mementingkan yang lain daripada ibu sekian lama.

Alangkah bertuahnya anda yang masih punya ibu. Alangkah berhemahnya anda yang suka memastikan ibu merasa selesa, walau apa pun karenahnya. Yang arif bahawa selagi ibu masih hidup, itulah peluang keemasan untuk mengambil hatinya, memintanya untuk berdoa demi keberkatan dan kejayaan hidup anda dunia dan akhirat. Sesungguhnya doa seorang ibu InsyaAllah adalah antara doa yang lebih mudah diterima dan dimakbulkan Allah, InsyaAllah. Wallahua'lam.

# Artikel iluvislam.com

Spread My Luv,

2.3.12

7 Golongan Hebat Yg Dilindungi Di Mahsyar



 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Spread My Luv,

1.3.12

Formula Ubati Mulut Celupar Ikut Cara Rasulullah s.a.w





Bismillahhirrahmanirrahim....
Pernah tak kita tercakap sesuatu yg melukakan hati seseorg @ terguris hatinya mendengar kata2 kita...walaupun pada asalnya kita hanya berniat menuturkan ia tanpa ingin mengguriskan sesape...Maka dgn ini cara-cara kita ubati @ menjaga tutur kita dgn cara yg Rasulullah perturunkan....[saya ambil sumber ini dr laman web iluvislam]

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.


Spread My Luv,

16.2.12

Luna Shoppe's Giveaway


Bismillahhirrahmanirrahim....

Ada giveaway la...so stelah meneliti blog tersebut, memg citarasa saya..walaupun saiz yg dikeluarkan agak kecik utk diri saya yg semakin mengembang ni. but...anyway...saya tertarik utk membeli nye apatah lagi utk mendapatkannye free...Baggy blouse dia agak besar..so at least motivated utk diriku utk berDIET demi baju tersebut...muahahaha....plus+ saya-memg-gila-chiffon.....hahahahaha...

So, korg check it this out..here r the blog & FB page...so klik2 k!


LUNA SHOPPE :
BLOG : http://lunashoppe.blogspot.com
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Luna-Shoppe/273582346005369

 ni baggy blouse yg sgt saya terkenan tuuu....nice huh? black kind of sexy ya! (ader green-turqoise lgi gempak...harap2 cik Owner baca request saya ini! ahakz!)


Ruffle Lace Top
ermmm...smart huh! pkai ngan slack g kje! nice color too!!

ader color lain gak!


next up ...

Lola Cardigan
sweeeettttttt.....jatuh cinta dgn yg kaler biru tu! aiyoooo....so rambang mata la...
sesuai r ni utk yg pkai tdung...atleast leh cover tepi badan
 (kalo tdung singkat skit tp baik pakai tudung tutup dada ok!!!)


Ini info tambahan...for those yang like facebook page dan follow blog Luna Shoppe, korang boleh dapat diskaun RM3 !! Untuk melayakkan diri mendapat diskaun RM3 tu, korang kena bagi nama facebook dan link blog semasa buat order. ok...ayuhhhhhhhh kita serbu Luna Shoppe !!!



Spread My Luv,

15.2.12

Bijak Berbelanja Tak?




Bismillahhirrahmanirrahimmm....
Alhamdulillah...saya ingin berkongsi lagi topik yg menarik...(byk post jugk sya utk satu hari ni...tgh rajin membaca! dan saya memg suka berkongsi ilmu)
Saya harap tuan punya yg menulis, halalkan ilmu yg saya ambil & ingin kongsi kan dgn kwn2 saya...
kali ni topik yg sinonim dgn aktiviti harian kita...so...saya adalah slh seorg yg terdiri dr golongan yg BOROS...tahap dasat jugak!sampai 1 saat saya tertanya2 mna pergi duit saya..ke mana sy belanjakan...mak saya pun heran...saya dgn adik perempuan saya totally different...she's good in managing her financial...VERY GOOD..i mean it...sbb tu slesa jalan2 dgn dia...pasti duit saya selamat...!!! i want u to be here my sis!!!
Ok ilmu kali ni utk rujukan semua & terutama utk diri saya jugak.....so...very excited to practicing it...ayuh kita BERTINDAK!!!!

  
Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.


#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)


Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.


#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)


Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.


#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)


Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.


#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)


Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.


#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)


Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.


#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)


Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.


#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)


Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

OK  guys...praktikkan yer...c ya..next topic!!

NotaKaki : saya kena la kuat semangat...sahut cabaran AyaH saya!!! (^_^)v

Spread My Luv,